2010 yang tidak sengaja dilangkaukan
Dengan tidak sengajanya, saya telah membiarkan blog untuk tidak dikemaskinikan selama setahun lebih. Ini berlaku kerana terdapat banyak perkara yang kurang menyenangkan menyebabkan kemaskini blog menjadi prioriti yang terbawah. Kepada yang sedang kurang semangat membaca blog silalah tangguh dulu baca entri ini, kerana ia sungguh tidak mengujakan.
Pandangan dari kerjaya, saya telah mengambil langkah untuk bertukar kerja pada bulan ogos. Alasan tukar kerja memang banyak, dari tidak suka dengan air dekat pantri, dan seterus kepada pembubaran department saya, harap maklum saya adalah pekerja di rantaian bawah juga. Akhirnya saya disarankan untuk menyertai department finance dari engineering. Ia bagai menyuruh saya datang kerja pakai skirt berbanding pakai seluar. saya lelaki. dan perumpamaan saya pakai skirt tolong jangan bayangkan, nanti hilang selera makan. jadi saya tukar kerja.
Kewangan, dengan tukar kerja, dapatlah duit lebih sikit tapi masih lagi tidak mendapat kawalan perbelanjaan dan ini yang merisaukan saya. walaupun risau saya tidaklah mengambil keputusan untuk menyertai kelas tarian poco poco.
Dari segi berjalan jalan pula, 2o1o merupakan permulaan saya keluar negara, bermula dengan singapura. memang teruja. macam katak bawah tempurung pun ada juga. kemudian syarikat baru saya telah menghantar saya untuk kursus ke London. Di ulang, London. Macam tak percaya pula, orang kampung macam saya ni yang memang tak pernah terfikir pegi tempat sejauh tu. Di ulang, London, heh.
Keluarga pula, saya sudah mempunyai tiga anak. satu isteri. anak yang pertama sudah sekolah rendah menjadikan ia satu pengalaman baru bagi saya, seperti menghadiri mesyuarat PIBG dan bersosial dengan bapa bapa yang lain.
Itulah ulasan 2010 saya, saya suka menulis. maafkan saya blog kerana tidak memberi makan kamu dengan entri sekian lama. saya harap lepas ni, entri akan jadi lebih banyak.
nantikan entri 2011 saya, lebih gempak dari majalah mangga dan majalah tamu.
Label: entri diari

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama