Outsource and you
hah .. lawak betul pulak tajuk dekat atas. Rasa macam dah bukan tulis blog tapi macam tulis kolum dalam majalah perniagaan. Hmm.. macam kalulah betul .. boleh jadi macam Azizi Ali yang tulis dalam Personal Money muka surat belakang sekali.
Kalau korang lepak lepak dekat foodcourt atau mana mana tempat makan pastu ader yang bukak cerita pasal, mungkin korang pakai entry ni punya idea sebagai modal nak borak. Secara asasnya Outsource ni adalah antara model bisnes la, ala macam dulu VSS, downsizing, resizing, merging dan yang paling glemer sekarang outsource la. Kalau difikirkan secara ringkas, memang outsource ni seperti tidak mendatangkan apa keuntungan kepada syarikat sebab dah la kene bayor mahal dekat syarikat outsource lepas tu loosing control pada staff sebab staff dah dipindahkan ke syarikat outsource. Namun begitu, berikut merupakan antara keuntungan yang dapat diperolehi oleh syarikat jika diorang outsourcekan keje:
- Tak perlu manage karenah staff kerana sudah di manage oleh syarikat outsource. antaranya kalau nak berhentikan staff permanent, tak perlulah susah payah untuk adakan surat tunjuk sebab la, bagi notis la apa la. Leceh tu.
- Tak perlu memikirkan tentang staff benefit sebab semua tu dah diuruskan oleh syarikat outsource.
- Lagi senang untuk forecast opex untuk human capital. Tak payah dah nak mintak kebenaran dengan board nak bagi bonus dekat staff.
- Kos mungkin boleh dikurangkan bila banyak syarikat membida untuk mendapatkan kontrak outsource. Ini memungkin syarikat outsource untuk mengambil pekerja luar yang lagi murah kosnya dari pekerja tempatan.
- LD atau Liquidation Damage. Dulu kalu korang tak meet KPI, paling best pun korang dapat bonus tahunan sikit je. Tapi dengan LD, syarikat boleh mengenakan denda kepada syarikat yang di outsource dengan tidak membayar full amount of payment sebab tak meet KPI.
Jadi itulah antara faedah dan kelebihan yang akan diperolehi oleh syarikat jika berlakunya outsource. Jadi, Tunggu apa lagi ?.

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama