Monday Belus
Heh .. patutnya aku tulis tajuk ni sebagai weekday belus, sebab rasanya tiap tiap hari lemau je nak datang keje. Memang belus betul la sekarang hinggakan aku rasa pegi keje tak payah dah bawak laptop tapi bawak harmonika je. Kira sambil minum milo main harmonika sepam dua. Layan jugak tu.
Aku pun tak paham kenapa boleh adanya gejala monday belus ni. Kira kerja tak ada la tahap susah pun secara teknikal cuma aku rasa aku bukan orang yang suka membuat kerja kerja ad-hoc. Sesetengah orang fikir bahawa keje ad-hoc menunjukkan betapa dinamiknya anda, tapi bagi aku perkara ini hanya menunjukkan betapa tidak efisiennya kita melakukan tugas. Ia boleh diibaratkan macam nak balik raya. Kalau anda tidak merancang perjalanan anda dan balik secara ad-hoc, maka kemungkinan besar anda akan breakfast, brunch, lunch dinner and supper dengan jam. Heh.
So monday belus is closely related with momentum, motivation and proper planning. Aduish seruis betul la pulak penulisan ni. Sekali tengok macam gabungan pembelajaran fizik, psikologi dan finance plak. Kalau aku huraikan ni confirm sape sape yang baca ni boring. Dah la monday belus pastu kene baca plak posting camni, belus gang pun kalah : "Apo dayoooo motong gotah, Apo nak dikato". Oleh itu aku terpaksa tulis ini secara ringkas, cadangan abnormal saya kepada anda adalah pastikan kerja hari jumaat anda tidak terheret sampai ke petang, kerana pada waktu petang tersebut anda harus menulis nota kepada diri sendiri tentang apa yang perlukan dilakukan pada minggu depan, rancang kerja minggu depan anda dan set kan minda anda untuk menerima kerja ad-hoc sebagai priority kedua.
Amaran!! nasihat ini adalah sama sekali tidak sah untuk doktor dan kepada mereka yang terlibat dalam bidang perubatan. Bayangkan kalau pemandu ambulans main layan belus jer time bawak van, huhu .. syahdu. Dan juga tidak sah sama sekali kepada mereka yang terlibat dalam bidang penyelenggaraan. Erkk ... kalau difikirkan balik cadangan di atas hanya sah untuk pekerja dalam bidang swasta yang malas nak keje je. :-)
Journal Me
The profile of Mediocre

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama