Isnin, Oktober 22, 2007

Lepak di Ipoh.

Sempena dengan raya ini, saya telah meminta bos saya untuk distesenkan di ipoh supaya saya dapat melakukan perpindahan dan perkongsian maklumat dan pengetahuan kepada rakan sekerja yang lain. Di samping menghabiskan masa berhari raya di Ipoh, dapatlah juga berkumpul dengan rakan rakan sepasukan sebelum meninggalkan syarikat ini. Jadi hari ni kami semua telah pegi makan dekat restoran nasi kandar dekat ipoh. Menunya terdiri daripada kari kepala ikan, sotong kari, kari kambing, ayam tandoori, telur ikan dan sayur sayuran. Disebabkan geng geng lain memang tak berapa nak minat makan kari kambing, maka terpaksalah saya menghabiskannya dengan hati yang terbuka. Namun begitu ia telah menyebabkan saya sedikit panas badan dan pening pening lalat. Memang panas betul la daging kambing ni walaupun dagingnya lembut dan menarik.

Esok akan diadakan satu lagi sessi latihan bersama rakan. Cadangnya esok nak pegi makan MRR - Mee Rebus Ramli : lain punya hangat beb. Dan kepada sesiapa yang singgah di Ipoh jangan lupa try MRR sebab ia memang best dan best giler.

Minggu ni akan jadi minggu yang banyak aktiviti. Ringkasnya Isnin dan Selasa untuk sesi knowledge sharing, Rabu balik ke KL untuk tugas tugas terakhir. Khamis dan Jumaat akan menyertai Team Building dekat Tiara Beach, Port Dickson. Sabtu ada annual dinner dekat KL Convention Centre. Ahad baru la ade masa nak rilek rilek sket.

Oh ya. minggu ni adalah minggu hari jadi saya. Jadi, Selamat Hari Jadi !.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama