Hari Raya, M Rajoli dan Angkasawan.
Sebelum saya mula berloteh pasal entry hari ni saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. Moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Pada siapa siapa yang masih dalam mood raya tu ingat ingatlah keje dekat opis yang berlambak ni. Jangan raya sampai tak ingat dunia. Kalu dah balik opis tu jangan la lupa bawak kuih raya.
Okey, pasal hari raya, M Rajoli dan angkawasan kita Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Rumusannya boleh dikatakan waktu raya kali ni muka yang selalu kita tengok dekat TV M Rajoli dengan Spaceman Malaysia. Kalau time raya 10 tahun dulu mesti boleh layan sarkas. Best juga layan layan sarkas. Tak payah pegi zoo dah boleh tengok dah binatang binatang dekat tv. Jadi boleh la kita tahu kalau dalam hutan harimau time time masa lapang dia lompat itu gelung api da.
Sebenarnya bukan nak cerita spefisik fasal M Rajoli tapi memang drama drama melayu tahun ni asyik asyik muka M Rajoli dengan watak yang sama. Kuat la pullok. Yang bengangnya bukan fasal M Rajoli tapi drama drama Melayu tu sendiri. Bila time raya jer mesti nak kene tayang drama drama yang sedih sedih. Orang time raya ni nak bergembira meraikan sebulan berpuasa, tapi cerita dalam TV mesti tunjuk pasal kisah sedih. Kasi hilang mood raya. Kalu macam ni baik tayang sarkas je. Confirm best. Tak payah pegi zoo dah boleh tengok dah binatang binatang dekat tv. Jadi boleh la kita tahu kalau dalam hutan harimau time time masa lapang dia lompat itu gelung api da. de javu. Heh. Siaran yang ade mood gembira je mesti la pasal nyanyi nyanyi budak budak AF yang tak berapa reti lagi nak menyanyi. Time dulu ade jugak siaran lawak Ogy Ahmad Daud dengan Salih Yaacob. Ade la jugak kualitinya. Ini takde ape dekat TV. Kosong. Macam hari hari tak raya. I demand lawak Salih Yaacob.
Angkawasan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di ISS. This is considered as a breakthrough to Malaysia achievement. Ade sesetengah pendapat yang mengatakan adalah satu kerugian kerana kita menghabiskan puluhan juta untuk menghantar angkawasan semata mata untuk mencatat nama di mata dunia. Di tambah lagi dengan tiada rancangan masa depan yang jelas memang kita tak nampak apa langkah seterusnya. Mulanya, saya pun beranggapan sebegitu. Tapi bila difikirkan balik, apalah sangat berjuta ringgit dihabiskan untuk projek angkasawan jika dibanding dengan banyak lagi projek di Malaysia yang terbengkalai ataupun perbelanjaan yang tidak patut. Ditambah lagi bila melihat dalam TV pengalaman yang dialami oleh Dr Sheikh serta peluang bagi beberapa pelajar untuk berkomunikasi dengan beliau, projek ini sebenarnya adalah untuk memecahkan halangan mental dan psikologi bahawa Malaysia mempunyai peluang dalam bidang ini. Supaya generasi yang terdekat atau generasi akan datang dapat bermula dari sekarang untuk memupuk minat dan fokus dalam bidang aerospace. Ish, cakap macam bagus pulak. Jadi, tepuk dada tanya selera. Jangan tepuk dada orang sebelah pulak, karang harrassment pulak. ish.
Journal Me
The profile of Mediocre

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama