Sabtu, April 30, 2011

2010 yang tidak sengaja dilangkaukan

Dengan tidak sengajanya, saya telah membiarkan blog untuk tidak dikemaskinikan selama setahun lebih. Ini berlaku kerana terdapat banyak perkara yang kurang menyenangkan menyebabkan kemaskini blog menjadi prioriti yang terbawah. Kepada yang sedang kurang semangat membaca blog silalah tangguh dulu baca entri ini, kerana ia sungguh tidak mengujakan.

Pandangan dari kerjaya, saya telah mengambil langkah untuk bertukar kerja pada bulan ogos. Alasan tukar kerja memang banyak, dari tidak suka dengan air dekat pantri, dan seterus kepada pembubaran department saya, harap maklum saya adalah pekerja di rantaian bawah juga. Akhirnya saya disarankan untuk menyertai department finance dari engineering. Ia bagai menyuruh saya datang kerja pakai skirt berbanding pakai seluar. saya lelaki. dan perumpamaan saya pakai skirt tolong jangan bayangkan, nanti hilang selera makan. jadi saya tukar kerja.

Kewangan, dengan tukar kerja, dapatlah duit lebih sikit tapi masih lagi tidak mendapat kawalan perbelanjaan dan ini yang merisaukan saya. walaupun risau saya tidaklah mengambil keputusan untuk menyertai kelas tarian poco poco.

Dari segi berjalan jalan pula, 2o1o merupakan permulaan saya keluar negara, bermula dengan singapura. memang teruja. macam katak bawah tempurung pun ada juga. kemudian syarikat baru saya telah menghantar saya untuk kursus ke London. Di ulang, London. Macam tak percaya pula, orang kampung macam saya ni yang memang tak pernah terfikir pegi tempat sejauh tu. Di ulang, London, heh.

Keluarga pula, saya sudah mempunyai tiga anak. satu isteri. anak yang pertama sudah sekolah rendah menjadikan ia satu pengalaman baru bagi saya, seperti menghadiri mesyuarat PIBG dan bersosial dengan bapa bapa yang lain.
Itulah ulasan 2010 saya, saya suka menulis. maafkan saya blog kerana tidak memberi makan kamu dengan entri sekian lama. saya harap lepas ni, entri akan jadi lebih banyak.
nantikan entri 2011 saya, lebih gempak dari majalah mangga dan majalah tamu.

Label:

Jumaat, Oktober 09, 2009

2009 dan ini aku.


wow !! .. ini kira tahap bertahun jugak tak update blog. aku masih lagi di kampeni yang sama seperti postku yang sebelumnya. Sedikit kemaskini tentang diriku sekarang. Kampeni - sama. Anak dah tiga dan semuanya lelaki .. hahaha. Bulan november ini genap dua tahun aku bekerja di kampeni ini. Oh ya .. saya masih lagi aktif melihat wayang di pawagan pawagam. Last sekali tengok cerita "Where Got Ghost" bersama isteri tersayang.

yes !! .. jadi apa yang akan aku lakukan sekarang ?. Matlamatku sekarang adalah mendapatkan berat badan yang ideal, kerana baju yang biasa ku pakai sudah mengecil .. i wonder why?. Kemudian aku akan menyediakan sedikit masa untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking di bukit tabur, canopy walk di FRIM dan main layang layang dekat kepong area. Berjumpa semula dengan kawan yang hanya bersosial di facebook pun bagus juga. Ini penting jika suatu hari nanti saya ingin menukarkan profession saya menjadi penjual insurans, agent unit trust atau melakukan Multi Level Marketing .. bijak kan.

hah !! ... yerr .. memandangkan agak susah untuk mendapatkan hidangan yang sedap sedap kalau beli dikedai, kalau ada pun mesti mahal macam beli kapal selam, aku sekarang minat pula melayan masak resepi resepi baru sama ada di internet mahupun di majalah majalah. Walaupun tak ada la sedap sangat, tapi aku rasa dengan sedikit usaha lagi, memang aku boleh gelarkan diri sendiri chef .. self-proclaimed chef.

yeap !! .. itulah dulu entri saya untuk kali ini. I love you all .. peace and wroks always !!

Khamis, Januari 24, 2008

Thaipusam

Aish .. kenapa Kelompo pun cuti jugak time thaipusam ni. Ingatkan dapatlah mengambil peluang nak pegi melawat geng geng yang keje dekat KL. Skali semua orang cuti daa.. hampeh betul.

Enough about thaipusam. So I took my brain test again at web.tickle.com. I used to be balanced brain kind of person which means that I have interest in both logic and abstract thing. Now the result is .... Left Brain, which means I am linear and analytical kind of guy. I am Lame. So what happen actually. Well, if I have to explain that I'll put all the blame to my current job. Yeah, my job force me to analyze too many statistic and graph and make me loose my artistic side. Artistic side?? .. Well it seems I can't remember when was the last time I plucked the guitar string, listening to good song, create any GFX sig or avatar, design a web and make a unique joke. I am so in code red mode. Something need to be fixed. Though I love to excel in my left brain part but that doesn't mean I have to loose my right brain skill. I'll think of something later.

Kita tinggalkan dulu masalah otak kat perenggan atas. Jadi apa lagi masalah yang perlu diselesaikan. Yea, bajet bulananku. Nampaknya aku tak boleh lagi track aku punyer perbelanjaan bulanan. Asyik lari je bajet. Hey, what the heck, since I am left brainy now, I think I can solve this. Hahaha, aku telah berjaya melakukan bajet tracking dalam microsoft excel dalam masa kurang setengah jam. Ada gunanya jugak jadi Left Brainy.

But I need my right brain back soon since I have to renovate my new home which estimated to be handed over to me in February. Time like this visual/spatial intelligence is soo much in need.

That's all.

Sabtu, Januari 19, 2008

Back home.

Ini kali pertama aku balik semenjak tukar keja. Last balik masa raya puasa dulu. Itu pun tak buat banyak perkara sangat sebab semua family member kena demam. Kali ni pun tak ada la pegi jalan jalan pun. Cuma dapat la peluang pusing pusing pekan.

Oh ya, untuk pengetahuan semua, Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 1 Januari 2008. Heh, aku rasa ini memandangkan tahun ini merupakan tahun melawat terengganu. Kalau korang tanya aku apa tempat yang menarik untuk melawat, aku cadangkan korang pergi ke pulau pulau dekat terengganu. Antaranya Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas. Kalau yang jenis mabuk laut tu, pergi je la ke Pulau Duyung tempat orang buat bot nelayan tradisional, Pulau Kambing tempat nelayan turunkan ikan yang baru, boleh beli murah dan segar lagik. Ringkaskan lagi, nak beli barang pegi Pasar Kedai Payang, nak makan Nasi Dagang pegi area Ladang, nak mandi air terjun pegi Sekayu. nak pegi pantai pegi Batu Burok tak pun pegi Pantai Merang, nak tengok penyu bertelur pegi Rantau Abang tapi bulan lapan yer, nak tengok seni pertukangan Islam boleh pegi Masjid Terapung dekat Chendering takpun Masjid Kristal dekat Pesisir Sungai Terengganu, nak tengok Istana Lama boleh pegi dekat Muzium Terengganu. Lapangan Terbang pun dah dinaiktaraf dengan Jalanraya pun dah diperbaharui. Siapa siapa yang tak ada idea macam mana nak ronda bandar Kuala Terengganu, pegi ke Taman Syahbandar, ada Bas Bandar yang menyediakan perkhidmatan ronda ronda Kuala Terengganu selama sejam dan setakat ini masih lagi percuma. Jangan lupa sebelum balik kampung singgah la dekat Losong beli keropok sikit buat ole ole. Pendek kata Terengganu sudah bersedia untuk menerima kedatangan anda. Juppe mung di nung kata orang Terengganu.

Macam biasa la, perkara rutin kalau aku balik kampung adalah tido. Yes, memang best sebab kalau dekat rumah sendiri mesti sibuk dengan rutin harian. Aktiviti menarik yang dibuat adalah membuat pulut panggang. Bukan makan pulut yang tu yang menarik, tetapi aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga itu yang lagi penting. Cuma adik adik ku kebanyakannya di perantauan, jadi tak dapatlah kumpul ramai ramai. Tak apalah, bak kata orang tak ada rotan, ada banyak benda lain yang boleh digunakan.

Satu lagi perkara, sekarang ini sudah ada perkhidmatan kapal terbang lain selain dari Air Asia dan MAS ke Kuala Terengganu. Firefly. Lagi dekat sikit sebab lapangannya dekat Subang je berbanding KLIA yang jauh gaban. Oya !!

Ahad, Januari 06, 2008

Back to School


Masa zaman aku sekolah dulu tak sempat nak masuk tadika. Tahu tahu je terus masuk darjah satu. Dalam keluarga aku, dulu tak ramai yang masuk tadika, kira main belasah jer masuk darjah satu. Jadi untuk kesekian kalinya setelah nak dekat 30 tahun dah, aku diberi peluang untuk masuk Tadika balik. Heh, anak sulungku dah masuk tadika.

Hari pertama dia pegi sekolah aku tak dapat nak hantar sebab aku kene pegi ofis awal hari tu sebab ada kerja duniawi sikit. Syahdu juga tak dapat hantar anak hari pertama sekolah dia. Tapi untuk hari kedua aku pun pegi la. Sebab baru hari kedua, aku pun tunggu la dekat tadika, kira belajar sama sama budak tadika la, heh. Ramai jugak ibubapa yang tunggu hari tu. Cuma aku je jenis yang introvert sket, loner, jadi pun aku pun duduk dengan diam jer kat situ tengok anak aku.

Dari segi pendidikan sekarang memang nampak sangat tekanan untuk budak budak muda sekarang. Zaman aku dulu asal pass periksa sudah la, dapat nombor berapa tak kisah. Ini sekarang banyak sangat nak kene belajar ini itu. Kalu aku jadi budak zaman sekarang, rasanya tekanan jugak tu.

Jadi itulah pengalaman saya sebagai murid tadika untuk sehari. Dengan itu saya dendangkan lagu ini untuk anda semua.

Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama angin, apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan,
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair,
Lihat dalam air, nampak bayang bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.